LANGIT TAK SELALU CERAH



Disaat kita meratapi dimanakah perginya sang mentari,rupa rupanya Allah ingin menghadiahkan pelangi indah untuk kita. Aku seorang pelajar disebuah universiti tempatan. Aku bakal menghabiskan pelajaran aku dalam setahun lagi. Konflik dalam keluarga berlaku sejurus ayah aku terkena strok 3 tahun yang lalu.

Sebagai seorang suri rumah tangga, ibu ku merupakan seorang yang manja dan agak kurang pandai berdikari kerana kebanyakkan kerja kerja luar rumah dilakukan oleh ayahku seperti pergi ke pasar, pergi kedai, uruskan kebun, bayar bil dan sebagainya. Tugas ibuku hanya lah yang berkaitan dengan hal hal dirumah seperti kemas rumah dan memasak. Setelah ayahku sakit dan tidak boleh lagi berjalan kesemua tugas yang sebelumnya dia yang buat berpindah ke pundak ibuku seorang. Adik beradik ku ada 6 orang tapi kesemuanya duduk jauh dan mempunyai tanggungjawab masing masing.

Dua tahun selepas ayah ku sakit, takdir illahi siapakah yang mampu menolak. Ayahku pergi menghadap penciptanya pada hari sabtu. Selepas ayahku tiada ibuku berkeras untuk menghabiskan edahnya dirumah peninggalan arwah ayah. Akak akak dan abang aku ada mempelawa untuk membawa ibuku ke rumah mereka, tapi ibuku tak nak. Pada ketika itu aku sedaya upaya untuk memenuhi kehendaknya. Aku ingin mengubati luka dihatinya tapi dalam masa yang sama aku takut untuk meninggalkan dia seorang dirumah atas faktor faktor keselamatan. Setelah memujuk anak angkat ibuku, anak angkat ibuku bersetuju untuk menjaga ibuku sehingga habis tempoh edahnya.

Setelah tamat edah ibuku, ibuku bersetuju untuk tinggal di rumah makcik aku di johor bahru. Berbanding di rumah anak anaknya ibuku lebih gemar duduk di sini kerana dia mempunyai aktiviti keagamaan yang dia boleh lakukan. Disamping itu, makcik aku ni la yang banyak menjaga ibuku dan menggembiranya dia. Tapi seperti aku kata, langit tak selalunya cerah. Sebulan yang lalu makcik ku disahkan menghidap penyakit kanser hati tahap 4. Dalam keadaannya yang kronik serta perlu mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan dirinya, ibuku la yang serba sedikit sedaya mampu menjaga makcik ku yang terlantar sakit di hospital. Ibuku berjaya menjaga makcik ku sehingga lah kehembusan nafas nya yang terakhir pada minggu lalu.

Selepas kematian makcik ku, hati ibuku luruh. Ibuku berkata jiwanya pergi bersama sama dengan orang orang yang di sayang. Terlalu sekejap Allah pinjamkan bahu bahu untuk ibu ku bersandar. Satu demi satu diambilnya. Kini tinggal lah ibuku seorang diri dikampung mengenangkan nasib diri nya. Dia ada bertanya, jika ditakdirnya dirinya sakit, siapalah diantara anak anaknya yang akan menjaga ya. Aku tertanya hebat benarkah harga sebuah ijazah yang ingin ku genggam ini hingga aku harus terus membiarkan ibuku keseorangan membela nasibnya sendiri?

– Anak mama

0 comments:

Post a Comment

My Instagram