KESEDARAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN KEBERSIHAN



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Disini aku nak kongsi sikit tentang apabila keburukkan kurang kesedaran pengurusan kewangan dan kebersihan. Sebenarnya faktor utama dalam permasalahan ini disebabkan didikan sejak kecil, tak ukur baju dekat badan sendiri, tak bertanggungjawab dan terlalu takut dengan pandangan orang lain.
Aku berusia awal 20an baru berkahwin dengan suami yang berumur akhir 20an. Aku memilih suami kerana seorang yang menghormati ibu bapa, pemikiran matang, dan rajin bekerja. Aku juga turut bekerja dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari dia. Pada aku nak cari bakal suami bukan aku yang kena “Bela” dia sudah cukup memadai. Alhamdullilah majlis kami berjalan lancar & dipermudahkan keluarga walaupun wang hantaran tidak seperti dijanjikan. Perbelanjaan majlis kami sama2 tanggung 99% , 1% sponsor parent/family.

Permasalahan muncul apabila kehidupan selepas kahwin. Betul lah kata orang2 tua, bila dah hidup bersama baru kita kenal pasangan kita. Rupa2nya suami berhutang 50% untuk majlis kahwin tapi diselesaikan dalam masa separuh tahun. Awal perkahwinan memang sangat menguji kesabaran kerana aku belum terima perubahan kewangan lari budget dan kebersihan rumah. Aku tinggal dirumah mertua di awal perkahwinan. Aku sangat geli dengan tandas kotor, jamban yg hitam keorenan dan habuk kipas setebal alam. Nampak simple tapi aku tak boleh, sebenarnya benda2 basic tu kami adik beradik dididik dari kecil supaya membersihkan dan maintain. Baru faham kenapa mak akan mengamuk kalau tak cuci. Aku tertinggal meletakkan ciri2 pembersih untuk mencari suami. Tapi masih boleh dipupuk. Sebab itulah tuan2 jangan mempersoalkan ya kenapa kena sediakan tempat tinggal. Nafkah ok, mesti byk sebabnya. Aku sangat bersetuju jangan tinggal dirumah mertua seperti yang digembar-gemburkan di laman sesawang.

Permulaannya aku sangat pelik gaji dia 3x ganda dari aku tapi kenderaan sampai kena tarik, simpanan komitmen aku 2 bulan pon habis di pinjam dan macam2 cabaran lain. Aku juga ada komitmen bulanan dan beri belanja kepada parent, tapi masih terkawal.

Setelah diteliti kenapa permasalahan ini terjadi puncanya kerana gaya hidup kami berbeza. Aku dibesarkan dalam keadaan sederhana dan ringkas tapi suami suka berbelanja dan perlu menanggung satu keluarga. Suami jenis suka berbelanja barangan berjenama dan rokok. Tuan2 nak rokok tu tiada masalah. 1 kotak seminggu tak boleh ke? Dari segi perbelanjaan keluarganya yang banyak adalah kerap makan luar, jalan2 ke majlis2(minyak/tol), & adik2 belajar. 

Sepatutnye dibawah tanggungjawab bapanya kan, atau adik beradik dia kena cari duit sendiri seperti suami aku berusaha untuk belajar. Semua menelan belanja dalam 1k++ sbulan dan sering meminta jika tak cukup kerana malu kalau kawan2nya tengok ada yang dia tak cukup. Aku pula memang sangat ringkas jarang berbelanja untuk diri sendiri dan komitmen kepada keluarga tidak pernah miss. Makan juga dirumah. Keluarga pun tidak pernah minta lebih melainkan betul2 terdesak, kebarangkalian sgt jarang untuk minta. Aku tidak benci mertua aku, cuma aku tak biasa hidup macam tu. Tak mampu buat cara tak mampu. Bukan senang nak cari duit. 

Alhamdullilah kini keadaan semakin stabil kerana hutang2 kahwin selesai, kenderaan dapat balik, tinggal rumah sewa sendiri dan perbelanjaan aku had kan termasuk perbelanjaan kepada keluarga dia. Wajarkah aku sekat 50% jumlah yang sering diberi kerana 50% lagi di simpan tujuan kecemasan/hadiah besar untuk mereka juga. Mungkin ada hikmahnya semua yg telah berlaku, aku ikhlaskan dan minta suami faham untuk sama2 kukuhkan kewangan demi kepentingan masa2 mendatang.

Kesimpulannya, didikan kewangan perlu dibentuk sejak kecil lagi dan ibu bapa harus permudahkan urusan anak2 bukan membebankan mereka untuk nampak gah di mata orang lain. Anak2 juga perlulah bertanggungjawab membahagiakan ibu bapa. Aku cuma tak mahu generasi aku lebih susah daripada aku memandangkan keadaan ekonomi semakin mencabar. Akibat dari kemalasan dan sambil lewa menguruskan kewangan & kebersihan sekarang, generasi kita juga yang susah dan pengotor pada masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk aku dan tegurlah jika keterlaluan. Yang baik datang drpd Allah s.w.t, yang buruk drpd aku.

– Adara (Bukan nama sebenar)

0 comments:

Post a Comment

My Instagram